BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, January 24, 2014

Review Pulau Perhentian

Assalamualaikum...

Hari ni, pza terasa rajin pulak nak update blog tentang percutian ke pulau yang ketiga di Terengganu iaitu Pulau Perhentian. Untuk pengetahuan korang, Terengganu sebenarnya mempunyai banyak pualu-pulau menarik yang sesuai menjadi kunjungan pelancong sama ada bekeluarga atau bersama kawan-kawan.
Pza bg citer sikit la lokasi Pulau Perhentian ni, Jeti pulau terletak di Kuala Besut di mana jarak dari Kuala Terengganu mengambil masa dalam 40 minit hingga 1 jam pemanduan. Kalau korang datang naik bas, lebih eloklah untuk turun di Besut. Tetapi, ada juga agensi perlancongan yang menyediakan khidmat bas atau van yang akan mengambil anda dari Kuala Terengganu untuk ke jeti Kuala Besut.

Berdasarkan review daripada rakan-rakan terdekat,dan pengalaman sebelum-sebelum ni, pza memilih untuk menggunakan khidmat pakej. Bagi percutian yang sebelum-sebelum ni, pza guna pakej terus daripada resort. Sebaliknya,kali ni pza gunakan khidmat agensi perlancongan Perhentian Setia. Korang boleh tengok fb dia kat sini. Perhentian Setia

Ahaaa, korang tawu tak, benda pertama yang pza tanya bila survey2 ni yang pertama, sudah semestinya harga lah kan.....berapa harga untuk pakej yang mereka tawarkan. Perkara kedua pulak, "ADA CAMERA UNDERWATER TAK?" hihihi... maklumlah, masa kat Pulau Kapas hari tu,tak de punnn..yelaa, teringin jugak ulang kenagan kat Redang dulu2.. jawapannya positif.. "ADA" Hah!! memang la terus book jawabnye kan...hahahaha!! Masa ni dah terbayang2 nak ambil gambar dengan ikan-ikan nemo tuhh...weee~~

Kami ambil pakej 2h1m je,sebab Terengganu cuti jumaat dan sabtu, kalau masa pergi Redang dulu memang la ambil pakej 3h2m,tapi kena ponteng kelas sehari,serik lah ponteng2,susah wehhh... Ok, harga pakej untuk 2h1m adalah RM 200 SEORANG termasuk harga tambang bot, satu malam penginapan, 3 kali makan, 3-4 snorkling point. Harga tertakluk pada perubahan semasa ye, harga weekend adalah lebih mahal dari harga hari biasa. Kalau cuti sekolah pulak, harga lain. Baik korang telefon dulu dan tanya betul2 apa perkhidmatan yang akan dia bagi berdasarkan bajet masing-masing.

Oklah, jom tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan kami..



Sampai di jeti, jam 8.30 pagi, bot akan bergerak jam 9.00 pagi, lepas buat full payment,kami terus bergerak ke jeti dan naik bot. Oh ya, terlupa pulak, korang juga akan dikenakan cas RM5.00 sebagai bayaran untuk melawat Taman Laut. Pulau Perhentian kan merupakan salah satu Taman Laut di dunia...

Berdasarkan pemerhatian pza, kebanyakkan bot-bot untuk ke Pulau Perhentian ni biasanya bot laju biasa je, berbeza dengan bot untuk ke Redang dan Kapas. Ada tu memang la,tapi mungkin untuk pakej yang mahal sikit kot. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam 25-35 minit bergantung kepada keadaan laut.


Dah sampai punnnn Perhentiannn, memandangkan bajet kurang, kami bermalam di Perhentian Besar, murah sikit, untuk mereka yang sukakan ketenangan, boleh la stay sini. Bagi mereka yang sukakan night life, dan ada bajet lebih, boleh stay Perhentian Kecil. kat sana malam-malam ada macam-macam aktiviti. Kami tinggal dekat Flora Bay Resort. Untuk keterangan lanjut, korang boleh tengok website ni.. Flora Bay Resort


Perhentian Island



Kami check in lebih kurang jam 11.00, dan sesi snorkling bermula selepas Zohor, wahhh,tengah hari tegak tu kannn...jadi, jangan lupa pakai la sunblock ye... Stail makan, macam biasa buffet dan bleh makan sebanyak mana yang anda mahu, tapi nanti kalau dah kenyang,macam mana nak snorkling kan..hihi..


Ok semua, dah sedia!! hahahaha! memandangkan pemandu bot tu sporting, boleh la posing-posing kejap amek gambar....

Perhentian Island


Perhentian Island

Sebenarnya, tak boleh pegang penyu tu, tapi sebab chomell sangat, habis badan penyu tu semua pza pegang, berat taw penyu ni sebenarnya, budak yang kat sebelah tu sangat la terer, dia boleh terjun dan panggil penyu tu untuk datang dekat kami,dan berenang seiring je, masa ni rasa macam jadik ikan duyung pulak~~~

Hah! lupa pulak gambar underwater kan, camera tu guide yang pegang dan dia akan snap gambar kita,bila balik nanti, kita akan dibekalkan dengan cd yang ada gambar2 tu..




Seronok kan??  memang sangat seronok!! dapat merasa sendiri ikan berenang2 dengan kita, dapat tengok coral-coral yang amat cantik...menikmati keindahan ciptaan Allah... Dalam pukul 5.30, bot pun hantar kami balik ke resort, apa lagi, sambung la aktiviti berenang-renang kat tepi pantai pulak sambil jalan-jalan.



Untuk aktiviti malam, kami buat la aktiviti sendiri. Hahahahah!! Suasana malam kat sini sangat tenang,aman, damai je rasa..sejukkk! Bagi makan malam, kami tak ambil pakej bbq, sebab nanti kena masak lagi,perut pun dah lapar, jadi kami makan buffet biasa je. Bagi mereka yang nak join bbq,peralatan semua ada disediakan, maklumkan di kaunter dan mereka akan uruskan semuanya.




Sampai tertidur atas pasir taw malam tu disebabkan angin yang membuai. Sedar2 terus lari masuk bilik. hahahah! Kalau datang secara berkumpulan, malam-malam ni aktiviti bebas, jadi boleh la nak main gitar ke apa ke..tv pun ada jugak. tapi.....line  MAXIS SANGAT MENYEDIHKAN. Sila sediakan line yang lain bagi memudahkan anda untuk terus berhubung.

Hari kedua, kami hanya memenuhkan aktiviti dengan berjalan di sekeliling pulau dan menikmati keindahan ikan di dalam laut. Sambung snorkling la, apa lagi...




Perkhidmatan teksi air juga ada disediakan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Jika korang tak ikut pakej, boleh la sewa peralatan untuk snorkling kat sini. 


Kami check out dalam pukul 12 tengah hari macam tu, sementara tunggu bot datang ambil, jom snap gambar lagi, berangan-berangan kejap ala-ala ombak rindu ke..kannnnn~~~

Setelah panjang berjela pza bercerita,habis jugak kau!! jadik, camne? nak pergi pulau tak? korang dah boleh mula tempah dari sekarang kerana pulau akan dibuka kembali seawal bulan MAC nanti. Untuk yang nak berbulan madu ke,semua ada. Sekian sahaja rewiew Pulau Perhentian daripada gadiskaca. Jumpa lagi!


Monday, January 20, 2014

Resepi Tart Buah

Assalamualaikum...

Haaa,tengah mencari resepi tart buah ke adik2 dan akak2 sekalian..?? 
oppsss,cik abang pun ade yang tengah mencari rupanya....
ok, tanpa membuang masa,pza akan kongsikan resepi tart buah yang mudah lagi senang untuk disediakan...

Bahan Pastri 

150 gram tepung halus atau tepung gandum 
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

* kalau anda menggunakan gula pasir biasa,harap di hancurkan terlebih dahulu ye,kalau tak nanti butiran gula tu akan jelas terasa,nanti ingat tergigit pasir pulak..hihihi...

Penyediaan Pastri


>> Mula-mula ye para pembaca sekalian,gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi tekstur seakan2 serbuk roti, guna hujung jari pun bolehhh. 

>> Kemudian, tuang esen vanilla,jangan banyak-banyak yekkk dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. 

>> Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duit 20 sen dan tekan dalam acuan tart dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. 

>> Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.


* kredit untuk gambar dari en.google. maklumlah, tengah buat ni mana sempat sangat nak snap2 gambar kan..

Bahan Kastard

1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

Penyediaan Kastard 

>> Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Ketika ini jangan kacau dulu atas api ye,nanti kastard tu berketul-ketul.

>> Bila dah kacau hingga sebati, baru masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu dan sentiasa kacau ye dengan lemah lembut gituuuu,kalau tak berketul nanti. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Bahan Hiasan

Buah strawberi yang dipotong
Buah kiwi yang dipotong
Buah anggur
whipping cream

Hiasan

>>  Ambil satu kulit tart, sudukan kastard 1/2 penuh.

>> Paipkan sedikit whipping cream

 >>Susun buah strawberi, kiwi dan anggur tadi. 

* Buah-buahan adalah mengikut citarasa anda.


Pza jugak pernah cuba buat yang bersaiz besar, guna acuan pie..macam ni...kalau nak makan,kena potong guna pisau la,yang ni ada whipping cream....sedaaaaapppp!!! >,<


Sekian sahaja perkongsian resepi untuk hari ini, selamat mencuba!!!

Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid


Takrif Gangguan Emosi


Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion”, dan “émouvoir” yang bermaksud ‘kegembiraan’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam badan. Oleh itu, Beliau melihat emosi daripada prespektif ini kerana apabila seseorang itu mengalami emosi, hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya. Kadang- kala kesihatan individu yang mengalami gangguan emosi juga semakin terjejas. Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk belajar. Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan, malah setiap aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial

Jenis –Jenis Gangguan Emosi

Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan di mana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi, mampu memberikan kesan negatif kepada pencapaian akademiknya. Hal ini mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar.

>> Gangguan Emosi Ringan

Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.

>> Gangguan Emosi Sederhana

Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.

>> Gangguan Emosi Berat

Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan mengehntak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.