BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 18, 2014

Senang Ke Jadik Cikgu?

Assalamualaikum semua..

Maaf ye, menyepi seketika. Kejap aktif, kejap sepi..Ahaaa! biasalah tu kan, orang sibuk..(Tak la sibuk mana pun sebenarnya). Sementara menunggu panggilan penempatan, sempat juga la pza kerja Part- Time di Tadika Akhtar. Kira jadi cikgu tadika la kan.. Mula-mula tu dalam hati niat memang nak cari pengalaman sebab satu hari nanti akan jadi cikgu juga. Mintak pendapat kawan-kawan, ada yang kata.." Cikgu Tadika wei, senang jekkkk, ajar ABC, 123, pukul 12 dah balik..." ada pulak yang kata " Seronoknyeee boleh main ngan budak-budak chomell". Tidak kurang juga yang berkata begini. "Anak orang tu, baik-baik ngajar,sekolah private kan?, apa-apa hal bahaya"

Baiklah, semua ada pendapat masing-masing tentang kerjaya guru. Sebenarnya selepas diri sendiri ini tercebur dan dicelup ke dalam bidang perguruan, persepsi yang mengatakan kerjaya guru merupakan kerjaya yang mudah ternyata tidak tepat. Berbalik kepada tugas sebagai guru tadika, nak kata susah tu tidak la sangat sebab pza memang ada sedikit pendedahan ilmu perguruan. Berbaloi rasanya belajar selama 5 tahun setengah bila ilmu tu semua dapat dipraktikkan dan berkesan!


Nah, tengok gambar ni.. Apa nak dibuat kalau murid anda berkelakuan sebegini? Tak ramai, seorang je, adakah anda selaku cikgu akan membiarkan dia terus ketakutan dalam dunia dia sendiri? Jika anda memberikan perhatian penuh kepada dia, Bagaimana murid-murid yang lain nak belajar sedangkan guru sibuk memujuk murid yang satu ini? Haaaa? Teori anda mungkin boleh diguna pakai tetapi hakikatnya tidak semua boleh dipraktikkan secara realiti. Budak bukan boleh disangka-sangka perbuatannya.

Guru sebenarnya memainkan peranan yang amat penting bagi menarik minat murid untuk belajar. Kalau baru masuk tadika, tiba-tiba terus ajar ABC, 123 dan sebagainya secara serius. Mungkin akan mendatangkan kebosanan. Oleh itu, wahai cikgu-cikgu sekalian, kita perlulah mempersiapkan bahan yang menarik untuk digunakan di dalam kelas. "Alaaa,cikgu baru, biasalaaa, semangat lagi, cuba dah 20 tahun nanti..." Pelbagaikan penggunaan bahan, guna semula bahan. Ikhtiar cikgu...demi masa depan anak-anak murid kita. Berdasarkan pemerhatian, jarang nak jumpa guru yang mengajar sambil lewa, kebanyakkan guru akan memberikan sehabis baik untuk memastikan murid mereka cemerlang. Kalau cikgu tu semangat, murid mesti akan mampu memahami apa yang dipelajari hari itu, walaupun sedikit. Anda cuba ingat guru yang pernah mengajar anda dahulu. Sebenarnya mereka cuba pelbagai cara untuk memastikan anda faham apa yang diajar. Tak kena cara ini, guna cara itu, tak kena juga, fikir cara lain.


Alhamdulillah, selepas sebulan, muridku yang dahulunya muram, takut, menyendiri dalam dunianya, kini dah berubah, mula bergaul dengan kawan-kawan lain, mula berkongsi barang dan sebenarnya dia sangat bijak dan cepat faham apa yang diajar.

Budak-budak dan bermain, memang tak dapat dipisahkan. Pza pun seronok tengok bila mereka bermain, ketawa, berbual dan belajar berdikari. Di tadika yang pza kerja ni, kebanyakkan perkara mereka akan lakukan sendiri. dari umur empat tahun, mereka dah diajar untuk makan sendiri menggunakan sudu, selepas makan, pinggan letak di dalam besen, basuh tangan dan sebagainya. Perasaan yang tak dapat digambarkan bila tengok mereka berjaya buat semua. Mula-mula risau juga nak biarkan mereka makan sendiri, takut tumpah, takut tercekik, macam-macam lah. Sepanjang mereka makan,guru-guru akan sentiasa memantau. Hasilnya, mereka boleh berdikari.... >,<




Sambutan hari jadi juga diadakan di sekolah bagi meraikan hari lahir setiap murid. Selepas nyanyian lagu hari lahir, guru-guru akan mengajarkan murid untuk mendoakan kebaikkan rakan mereka. Comel sangat taw tengok mereka doakan kawan jadi pandai la, jadi besar laa..budak-budak kan..

Kerjaya guru bukan semudah yang disangka. Gurulah yang membentuk peribadi, gurulah penghibur dikala merajuk hati, guru juga lah yang mendidik dan mengajar secara formal. Pengalaman ini sememangnya menguatkan lagi semangatku untuk mendidik nanti. Cuma satu harapannya, mintak-mintak dapat posting dekat dengan keluarga. Kalau tak, memang terganggu juga emosi dan prestasi.

Thursday, January 30, 2014

Review Houseboat Tasik Kenyir

Assalamualaikum

Hai pembaca blogku sekalian... Sihat tak? Maklumlah, sekarang kan musim sejuk ala-ala Korea gitu, mana tahu ada yang demam ke, selsema ke kan.. Tapi cuaca macam ni nampak seronok je kalau kita berjalan-jalan kan.. Berangin je gitu, dapat fefeeling sikit..

Hari punya entry, pza nak cerita tentang aktiviti berjalan jugak, Review ke Tasik Kenyir la pulak kan..
Sebenarnya trip ni kami ni dah lama, tapi nak jugak buat review, mana la tahu dapat membantu korang yang berhajat nak naik houseboat kan..


Trip kami ni sebenarnya merupakan asaimen bagi subjek untuk semester tu. Best kan asaimen macam ni, kalau semua subjek ada asaimen macam ni, belajar lama-lama pun takpe, rajin la kita-kita ni buat asaimen kan.. Untuk trip kali ni, kami berurusan dengan pihak houseboat tentang harga dan tempat-tempat yang mereka boleh bawa.


Haaa, nampak tak contact number tu, kalau korang berminat, boleh cuba call dan tanya dorang ye. Tak silap pza la anggaran sewa houseboat dalam sehari RM1k jugak. Tapi kan kita pergi ramai-ramai. Satu houseboat boleh memuatkan sehingga 25 orang. Jangan risau, semua ada dalam tu, kita cuma bawa pakaian dan bahan mentah atau makanan untuk kita makan. Ikut la, kalau nak bawak ayam untuk BBQ pun boleh,sebab ada tempat BBQ disediakan.

house boat, tasik kenyir, terengganu, review



Ni antara ruang yang ada dalam houseboat tu, lengkap semuanya, bekalan elektrik pun ada, jangan risau, tandas pun ada disediakan,bilik tidur, semua ada. Yang penting korang bawa bekalan baju,ubat-ubatan dan makanan yang mencukupi. Maklumla, cepat lapar kalau pergi trip ni..


*Peringatan, sila la jangan bawak beg tarik macam pza tu yekkkk..hahahaha!!

Bukan apa, susah nak angkat naik bot tu nanti, nasib baik la ada jejaka-jejaka yang gagah perkasa tu, pergi trip macam nak pergi holiday cik pza ni pun.... =______=''

Bila kami semua dah naik bot, maka bermulalah eksplorasi Tasik Kenyir untuk kelas kami. Aktiviti kami bila bot mula bergerak adalah memasak makanan tengah hari.  Untuk hari pertama ni, kami akan ke Gua Bewah dan singgah  di tempat yang membolehkan kami berenang-renang menikmati air Tasik.






Sepanjang menyelusuri tasik ni, kami dihidangkan dengan permandangan yang sangat mengujakan. Kami singgah di Gua Bewah sebagai destinasi pertama hari ini. Anda dinasihatkan untuk membawa Lampu Picit sebagai pemandu anda semasa berada di dalam gua. Gelap sangat-sangat ye..Sila jaga langkah anda dan jangan pegang apa-apa semasa berjalan, maksudnya, jangan pegang benda yang anda tak nampak dengan jelas.


Dalam gua tu juga ada disediakan muzium sebagai rujukan untuk para pelawat mendapatkan maklumat tentang gua ni. Pemandu pelancong yang membawa anda juga akan memberikan sedikit penerangan tentang artifak yang terdapat disitu. 

* Kalau ternampak sesuatu yang pelik di dalam gua tu, jangan la tegur tak tentu pasal ye...

Dah puas bergambar dalam gua tu, kami pun bergerak untuk ke destinasi seterusnya. Tetapi sebaik sahaja kami keluar dari gua tersebut, hujan pun turun menyimbah bumi. Mula-mula tak la lebat sangat, kami pun cepat-cepat turun tangga untuk masuk semula dalam houseboat. 

* Awas ya, tangga kat situ,bila hujan sangat la licin, jadi kalau boleh, anda dinasihatkan untuk memakai kasut sukan agar daya cengkaman lebih kuat dan anda tidak mudah tergelincir.



Memandangkan hujan yang sangat lebat, kami mencari tempat untuk berteduh. Masa ni berdebar-debar rasa. dengan guruh, kilat sabung menyabung, duduk pulak tengah-tengah tasik...Tawakal jelaaa...

Bila dah hujan ni, perut pun lapar la kan..tadi dah puas berjalan dalam gua, berlari-lari turun tangga, mesti penat, apa lagi, kita makan laaaaa... Baju tu basah lokos dah...


Lepas puas makan, sementara tunggu hujan reda, kami pun melelapkan mata kejap. Bila hujan dah reda, kami pun mula la menggedik nampak air tasik tu kan.. Baju basah dah ada, apa la salahnya kita cuba-cuba mandi tasik ek..hahahah! Masa terjun tu, lupa dah cerita-cerita tentang ikan-ikan besar dalam tasik tu, tak ingat semua tuuuu, main terjun jek dengan gembiranya.. Tapi kami tak cuba nak usha apa yang ada kat bawah tu..cuma selam-selam sikit je...


 Malam mula melabuhkan tirai dan kami hanya menikmati malam dengan aktiviti di atas bot, anda juga boleh bawa cd karaoke dan nyanyi ramai-ramai. Perancangan yang teliti untuk aktiviti malam bagi menjadikan percutian anda lebih bermakna.


Tasik Kenyir, Ikan Besar, Terengganu


Haaa, kalau dah duduk atas houseboat tu, cuba la nasib baling-baling umpan,mana tahu dapat ikan kan...tengok macam pza, dapat ikan besarrr!! hahahahha! tak la, sebenarnya guide kami yang bawa balik ikan tu dan kami masak buat fishball. Sedappp!!

Destinasi terakhir kami adalah menuju ke Air Terjun Lasir. Mandi-mandi situ kejap, buat aktiviti sikit dan kami pun mula bergerak pulang menuju ke jeti.




Sekian sahaja laporan pza untuk Review Houseboat Tasik Kenyir. Nah, tengok lagi gambar permandangan sekitar tasik...



Sekian..

Monday, January 27, 2014

Cara Memperoleh Berat Badan Ideal

Assalamualaikum

Setelah lebih kurang 3 bulan pza duduk rumah, semakin lama badan ni kelihatan membengkak pula..hahahaha! mana tak nya, duduk rumah mak masak sedap, lepas tu hati pun senang, nak fikir apa lagi, tak ada masalah nak difikirkan. Semua ada depan mata, cuma kadang-kadang terdetik kerisauan tentang urusan posting. Tu pun kadang-kadang la....


* Gambar ikhsan google..

Baiklah, memandangkan badan ni kelihatan semakin membengkak dan seluar jeans yang dah bertukar menjadi legging, pza pun dengan beraninya cuba naik mesin penimbang, dalam hati.. "Berapa la berat aku ni..Mesti naik punya,kalau tak kenapa jeans ni ketat" Jelas,terang lagi bersuluh, memang sah berat aku dah naik!!! Bahagia sangat ni duduk rumah....

Setelah menyedari berat semakin bertambah, dengan pantasnya,pza mula mencari tips-tips kuruskan badan. Suatu masa dulu, berat pza boleh tutun sampai 5-6 kg kot dalam masa 3-4 bulan macam tu, tapi disebabkan oleh tekanan kerja dan waktu makan yang tak teratur. Habis semua baju seluar longgar..hahahaha! Tapi setelah 3 bulan bertapa, berat badanku bukan kembali kepada asal, malah bertambah dan kian bertambah.

Eh, jom lah kita tengok apa tips yang boleh kita gunakan untuk kawal berat badan dari meningkat dengan lebih melampau-lampau. Mak masak kita makan, tapi dalam masa yang sama berat kita pun haruslah dikawal. Bukan apa, nanti nak jalan pun dah semput..haaa,dah susah tu kan!

# Tips Pertama

Makan makanan yang seimbang, seperti yang sedia maklum, nasi merupakan makanan riju masyakat Malaysia kan, mak kita pun hari-hari masak nasi bersama lauk-pauk yang sangat sedap. Untuk Mengekalkan berat badan ambil dalam kuantiti seganggam dan makan 2 kali sehari. Kalau nak kurangkan berat badan kuantiti nasi yang diambil haruslah kurang dari segenggam. Selain itu, bagi mereka yang bergerak aktif seharian, kadar pengambilan nasi juga boleh dipertingkatkan. Tapi jangan lebih2..kita bukan hanya makan nasi sahaja dalam sehari..

# Tips Kedua

Kurangkan pengambilan "Junk Food".  Haaa,yang ni pza pun selalu buat,makan biskut la, asam kecut la, jeruk..macam-macam lah. Jadi, mulai hari ini, sila elakkan makanan macam tu ye. Kandungan bahan yang ada dalam makanan tu kurnag sesuai untuk tubuh dan membantu dalam proses kegemukkan jugak sebenarnya.

#Tips Ketiga

Pengambilan Air Masak dalam kuantiti yang banyak. Seperti yang diketahui, sememangnya air masak membantu dalam pelbagai proses dalaman badan kita terutama bagi membantu peningkatan kadar metabolisme. Kadar pengambilan air juga dapat dilihat berdasarkan nisbah 25kg - 1 liter air. Jika berat anda 50 kg = 2 liter air. Pengambilan air juga dapat membantu dalam melancarkan pergerakan organ badan yang lain.

  *Sekali lagi google image.

#Tips Keempat

Kalau boleh, elakkan pengambilan makanan berat pada waktu tengah malam. Hahaha! maklumlah, duduk rumah ni, bila tidur lambat, perut pun mula la berkeroncong ye. Ok, kalau rasa lapar sangat, ambil la makanan yang berbentuk cereal ke,tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tapi, pza pernah jugak dengar,kadang-kadang kita bukan lapar,tapi kita haus. Kalau macam tu, cuba minum air dulu, kalau rasa lega, tak perlu la nak ambil makanan kan tengah-tengah malam..

#Tips Kelima

Bersenam, 3 kali seminggu. Haaa, dalam pada menjaga pemakanan, jangan lupa jugak untuk bersenam. Ala, tak semestinya kena keluar rumah untuk bersenam, dalam rumah pun boleh. Buat la erobik sikit, sekurang-kurangnya badan kita lebih cergas taw. Percaya lah, korang akan rasa perbezaan jika buat senaman, badan rasa ringan, otak pun rasa lega jek. Sekali sekala tu, pusing-pusing la keliling taman ke..Nak seribu daya, tak nak seribu dalih laaahhh!!

 

Sekian sahaja tips untuk mendapatkan berat badan ideal dari gadiskaca. Marilah kita bersama-sama menjaga berat badan agar tidak terus membengkak! Jom mulakan!