BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 10, 2011

.:Gerhana Bulan:.



Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
( Riwayat al-Bukhari )


fenomena gerhana bulan menjelma kembali, kali terakhir fenomena gerhana bulan yang dapat kita lihat sekitar bulan jun 2011...SubhanAllah...Allah maha besar..korang semua dapat tengok tak gerhana bulan nie..??aku sempat tengok, mase taip entry nie pon bulan masih lagi dalam keadaan gerhana..semasa kejadian gerhana kita disunatkan melakukan solat sunat dua rakaat...selain itu juga terdapat beberapa fenomena menarik yang berlaku sepanjang gerhana bulan nie..haa..ape fenomena tuu..??

seperti yang di ketahui, fenomena gerhana bulan terjadi apabila bulan berada sebaris dengan bumi dan matahari di mana bumi berada di tengah-tengah...oleh yang demikian, daya tarikan graviti sangat tinggi pada ketika ini taw..!



buktinyee...tu haaa! telur ayam boley diri dengan tegak tawww...
selain dari tu, kalau kite tgk air laut akan pasang besar pada ketika ini..
aku tak sempat plak tengok air laut, juz buat eksperimen telur tu jelahh..
ini semua kuasa Allah Pencipta Sekalian Alam...



p/s : patutlaa berat badan aku naik lately nie, tarikan graviti gaknyee, pas gerhana nie nk try timbang lah, turun tak ek...hahaha..=P

Thursday, December 1, 2011

.: Ombak Rindu Review :.


Assalamualaikum semua...
filem yang dinanti-nantikan oleh seantero Malaysia telah ditayangkan hari ini...
Ombak Rindu...
Ok, layan sinopsis dulu ey...

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



Boley tak, aku yang bukan kaki novel pon sebok berkejar-kejar g wayang sebab nak tengok cerita nie...boley takk..?? hahaha...
rase mcm xsedar drive kete g GSC sume..
memandangkan kita da pernah baca novel nie, jadi jalan ceritanya mestilah kita dah tawu kan..
skrip dye superb la, cerita nie banyak bermain dengan emosi, tak banyak dialog...
bercucur-cucur air mata aku weh...>,<
bukan aku sorang bercucur-cucur, ramai kot..hahahaha!
hahaha, merah-merah muke kua panggung...
rase tak puas tengok sebab banyak scene dalam novel yang dye potong, mane tak nye, kalau tak potong mau 2 hari nak abiskan movie nie...



Maya karin selaku Izzah berjaya membawa wataknya dengan cemerlang, kesian sangat dengar dye ckp dye tak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri, hantaran kahwin pon hanyalah seutas jam tangan...lepas kahwin, haris hadiahkan hanya jam tangan kepada Izzah..Izzah pon bg jam tangan dye kat Haris..Jam tangan jek wei sebagai hantaran..???
layanan haris kepada Izzah memang saling tak tumpah macam perempuan simpanan...
tapi Izzah selaku Isteri, menjalankan tanggungjawab dengan baik walaupun cintanya tidak di balas..sedih giler kot..
kalau ikotkan Izzah pon bukan cintakan Haris, tapi memandangkan Haris lelaki pertama menodainya dan berkahwin dengannya, maka, tanggungjawab seorang isteri adalah untuk mencintai suaminya...
Ego lelaki, lama-lama cair jugak dye dengan Izzah, mane tak cair, dye balik rumah, Izzah sediakan makan semua...
power jugak penangan cinta Izzah nie kan...hahaha, nk wat cmtu jgk lah..hihihi..




bahagialah mereka buat seketika sehingga kepulangan mila (Lisa Surihani) yang menuntut cintanya kepada haris..dah janji nak kahwin lame dah sebab bisness sume..
nak tak nak perkahwinan tu tetap di jalankan...Pedih woo mase nie....


banyak konflik yang tjadi, same macam dalam novel tu...
Haris anak Pak Dolah sume ade...
juz mak dye tak meninggal la, mila pon sama...
secara keseluruhannya aku rasa skrip memang power,pelakon pon berjaya bawak watak dan yang laing power OST dye..memang TERBAIK!!
4 stars untuk filem nie..