BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 14, 2013

Oh Temu Duga!!


Bismillahirahmanirrahim....
Berdebarnyaa Allah jelaa yang tahu, sejak 2 Disember aritu menahan debaran...
Huuu.....betul kata orang,penantian satu penyiksaan....
Kadang-kadang rasa sedia, kadang-kadang rasa belum sedia......
ish, nak tunggu sedia, 10 tahun lagi tak mungkin sedia jugak..
last2, hidup tanpa perubahan!
Lepas interview ni, rasa nak jalan2 jauh2 lahhhhh!!!!
nak lepaskan segala tekanan...
cewaahhh...
tp siyes la, tekanan kot, menentukan masa depan wei...
Merupakan satu langkah ke arah menjadi insan yang bergelar cikgu.........
Harap dipermudahkan semuanya untukku dan rakan2, semoga penemu duga kami dilembutkan hatinya dan kami diberi kelancaran untuk bertutur..Insya Allah..



Saturday, November 2, 2013

.: Sepanjang Tidak Menulis :.

Fuhhhhh,berhabuk blog kesayangan ini...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
masihkah kalian ingat siapa diriku ini?? mungkin ada yang ingat dan ada yang dah lupa..
setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, pabila tiba waktu begini memang tidak dinafikan, timbul rasa rindu untuk meluahkan segala rasa di dalam blog kesayangan.
Memang terlalu banyak untuk diceritakan setelah mendapat satu kehidupan baru.
Walau bagaimanapun, apa yang terjadi dahulu sememangnya menjadi pedoman dan ingatan di dalam diriku..
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kehidupan yang semakin baik dan ceria dapat dilalui.
Tapi biasalah, ada sikit2 dugaan tu..adat kehidupan. Dugaan tu semua sememangnya mematangkan kita dan membuatkan kita semakin dekat kepada-NYA.

Tak nak dah jiwang2 sebab dah nak abis belajarrrr!! yeayyy!! Insya Allah dalam masa yang terdekat, penantian selama 5 tahun setengah akan berakhir... Nikmatilah saat2 indah di bumi Terengganu ini.

Gambar 1

Percutian di Pulau-Pulau Indah Terengganu


 Seronok yang teramat lahhh dapat round 3 pulau utama tu dengan kawan2, adik beradik dan juga ehemmm....mungkin nanti boleh cerita details sikit kan untuk bg panduan kpd mereka2 yang nak bercuti. Yess, pulau Terengganu sangat cantikk!! puas hati..rasa tak nak balik kalau pergi sana. waktu-waktu sebegini sememangnya mengeratkan lagi ikatan dan menggamit memori. Auchhh!!
*terasa kerinduan yang semakin mendalam bila jari mula menaip tentang kehidupan di blog kesayangan... (ahhh, teruskan..)
 


Gambar 2







Suasana bersama murid-murid tersayang

Blog ini juga ketinggalan tentang kisah praktikum yang telah dilalui dari sem 5 hingga sem 8. yelahh kalau tengok last post pon tah tahun bila...menikmati kehidupan barangkali sehingga blog yang suatu masa dulu menjadi peneman sunyi ini diabaikan. Mungkin semakin matang. Tidak semua boleh dikongsi di sini, takut disalah erti.
Gambar 3

Larian Jambatan Terengganu