BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 13, 2014

Nota BMM3116 - Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

Definisi: Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa”  Atan Long, 1977

Sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan ceritaHubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulisPada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarnadan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minat kanak-kanak membaca.

Sastera remaja merupakan bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahunOthman Puteh, 1988:21 

Fungsi Sastera Kanak-Kanak dan Remaja
  • Sebagai medium mendekatkan mereka dengan sastera
  • Medium mempertingkat keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti
  • Medium hiburan masyarakat
  • Agen penerapan nilai melalui nilai murni yang dipaparkan di dalam karya.
Sastera Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
  •        Penggunaan bahan bacaan asas
Menurut Durkin (1987, Tomlinson dan Lynch-Brown) bahan bacaan asas adalah bacaan bersiri yang di peringkatkan daripada yang mudah meningkat kepada aras yang agak sukar peringkat demi peringkat.Menurut Lapp, Flood dan Farnan 1992, (dalam Tomlinson dan Lynch Brown,1999) kekuatan bagi program yang berasaskan bahan bacaan berperingkat ini ialah ianya dapat membantu guru dalam menyelenggarakan program bacaan secara sistematik.

  •        Penggunaan buku bagi tema tertentu
Guru perlu menyediakan senarai buku tertentu bagi tema yang akan diajar. Pamerkan buku tersebut sepanjang sesi pengajaran dan memberikan panduan kepada murid untuk mencari meklumat dengan menggunakan buku tersebut.





No comments: