BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 20, 2014

Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid


Takrif Gangguan Emosi


Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion”, dan “émouvoir” yang bermaksud ‘kegembiraan’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam badan. Oleh itu, Beliau melihat emosi daripada prespektif ini kerana apabila seseorang itu mengalami emosi, hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya. Kadang- kala kesihatan individu yang mengalami gangguan emosi juga semakin terjejas. Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk belajar. Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan, malah setiap aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial

Jenis –Jenis Gangguan Emosi

Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan ini berlaku sama ada secara ringan di mana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat misalnya terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan emosi, mampu memberikan kesan negatif kepada pencapaian akademiknya. Hal ini mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar.

>> Gangguan Emosi Ringan

Kebiasaannya gangguan seperti ini tidak terlalu kelihatan ciri-cirinya dari luar. Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut. Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.

>> Gangguan Emosi Sederhana

Gangguan emosi jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding dengan gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan, mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak lain.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.

>> Gangguan Emosi Berat

Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gngguan emosi jenis ini agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti menjerit-jerit dan mengehntak-hentakkan kaki atau anggota bandannya sehingga mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh, apabila murid tersebut terlalu marah kepada rakannya, mereka akan cenderung untuk bergaduh dan mencederakan satu sama lain bagi memuaskan hati mereka. Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.

No comments: