BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, January 30, 2014

Review Houseboat Tasik Kenyir

Assalamualaikum

Hai pembaca blogku sekalian... Sihat tak? Maklumlah, sekarang kan musim sejuk ala-ala Korea gitu, mana tahu ada yang demam ke, selsema ke kan.. Tapi cuaca macam ni nampak seronok je kalau kita berjalan-jalan kan.. Berangin je gitu, dapat fefeeling sikit..

Hari punya entry, pza nak cerita tentang aktiviti berjalan jugak, Review ke Tasik Kenyir la pulak kan..
Sebenarnya trip ni kami ni dah lama, tapi nak jugak buat review, mana la tahu dapat membantu korang yang berhajat nak naik houseboat kan..


Trip kami ni sebenarnya merupakan asaimen bagi subjek untuk semester tu. Best kan asaimen macam ni, kalau semua subjek ada asaimen macam ni, belajar lama-lama pun takpe, rajin la kita-kita ni buat asaimen kan.. Untuk trip kali ni, kami berurusan dengan pihak houseboat tentang harga dan tempat-tempat yang mereka boleh bawa.


Haaa, nampak tak contact number tu, kalau korang berminat, boleh cuba call dan tanya dorang ye. Tak silap pza la anggaran sewa houseboat dalam sehari RM1k jugak. Tapi kan kita pergi ramai-ramai. Satu houseboat boleh memuatkan sehingga 25 orang. Jangan risau, semua ada dalam tu, kita cuma bawa pakaian dan bahan mentah atau makanan untuk kita makan. Ikut la, kalau nak bawak ayam untuk BBQ pun boleh,sebab ada tempat BBQ disediakan.

house boat, tasik kenyir, terengganu, review



Ni antara ruang yang ada dalam houseboat tu, lengkap semuanya, bekalan elektrik pun ada, jangan risau, tandas pun ada disediakan,bilik tidur, semua ada. Yang penting korang bawa bekalan baju,ubat-ubatan dan makanan yang mencukupi. Maklumla, cepat lapar kalau pergi trip ni..


*Peringatan, sila la jangan bawak beg tarik macam pza tu yekkkk..hahahaha!!

Bukan apa, susah nak angkat naik bot tu nanti, nasib baik la ada jejaka-jejaka yang gagah perkasa tu, pergi trip macam nak pergi holiday cik pza ni pun.... =______=''

Bila kami semua dah naik bot, maka bermulalah eksplorasi Tasik Kenyir untuk kelas kami. Aktiviti kami bila bot mula bergerak adalah memasak makanan tengah hari.  Untuk hari pertama ni, kami akan ke Gua Bewah dan singgah  di tempat yang membolehkan kami berenang-renang menikmati air Tasik.






Sepanjang menyelusuri tasik ni, kami dihidangkan dengan permandangan yang sangat mengujakan. Kami singgah di Gua Bewah sebagai destinasi pertama hari ini. Anda dinasihatkan untuk membawa Lampu Picit sebagai pemandu anda semasa berada di dalam gua. Gelap sangat-sangat ye..Sila jaga langkah anda dan jangan pegang apa-apa semasa berjalan, maksudnya, jangan pegang benda yang anda tak nampak dengan jelas.


Dalam gua tu juga ada disediakan muzium sebagai rujukan untuk para pelawat mendapatkan maklumat tentang gua ni. Pemandu pelancong yang membawa anda juga akan memberikan sedikit penerangan tentang artifak yang terdapat disitu. 

* Kalau ternampak sesuatu yang pelik di dalam gua tu, jangan la tegur tak tentu pasal ye...

Dah puas bergambar dalam gua tu, kami pun bergerak untuk ke destinasi seterusnya. Tetapi sebaik sahaja kami keluar dari gua tersebut, hujan pun turun menyimbah bumi. Mula-mula tak la lebat sangat, kami pun cepat-cepat turun tangga untuk masuk semula dalam houseboat. 

* Awas ya, tangga kat situ,bila hujan sangat la licin, jadi kalau boleh, anda dinasihatkan untuk memakai kasut sukan agar daya cengkaman lebih kuat dan anda tidak mudah tergelincir.



Memandangkan hujan yang sangat lebat, kami mencari tempat untuk berteduh. Masa ni berdebar-debar rasa. dengan guruh, kilat sabung menyabung, duduk pulak tengah-tengah tasik...Tawakal jelaaa...

Bila dah hujan ni, perut pun lapar la kan..tadi dah puas berjalan dalam gua, berlari-lari turun tangga, mesti penat, apa lagi, kita makan laaaaa... Baju tu basah lokos dah...


Lepas puas makan, sementara tunggu hujan reda, kami pun melelapkan mata kejap. Bila hujan dah reda, kami pun mula la menggedik nampak air tasik tu kan.. Baju basah dah ada, apa la salahnya kita cuba-cuba mandi tasik ek..hahahah! Masa terjun tu, lupa dah cerita-cerita tentang ikan-ikan besar dalam tasik tu, tak ingat semua tuuuu, main terjun jek dengan gembiranya.. Tapi kami tak cuba nak usha apa yang ada kat bawah tu..cuma selam-selam sikit je...


 Malam mula melabuhkan tirai dan kami hanya menikmati malam dengan aktiviti di atas bot, anda juga boleh bawa cd karaoke dan nyanyi ramai-ramai. Perancangan yang teliti untuk aktiviti malam bagi menjadikan percutian anda lebih bermakna.


Tasik Kenyir, Ikan Besar, Terengganu


Haaa, kalau dah duduk atas houseboat tu, cuba la nasib baling-baling umpan,mana tahu dapat ikan kan...tengok macam pza, dapat ikan besarrr!! hahahahha! tak la, sebenarnya guide kami yang bawa balik ikan tu dan kami masak buat fishball. Sedappp!!

Destinasi terakhir kami adalah menuju ke Air Terjun Lasir. Mandi-mandi situ kejap, buat aktiviti sikit dan kami pun mula bergerak pulang menuju ke jeti.




Sekian sahaja laporan pza untuk Review Houseboat Tasik Kenyir. Nah, tengok lagi gambar permandangan sekitar tasik...



Sekian..

No comments: