Fuhhhhh,berhabuk blog kesayangan ini...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
masihkah kalian ingat siapa diriku ini?? mungkin ada yang ingat dan ada yang dah lupa..
setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, pabila tiba waktu begini memang tidak dinafikan, timbul rasa rindu untuk meluahkan segala rasa di dalam blog kesayangan.
Memang terlalu banyak untuk diceritakan setelah mendapat satu kehidupan baru.
Walau bagaimanapun, apa yang terjadi dahulu sememangnya menjadi pedoman dan ingatan di dalam diriku..
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kehidupan yang semakin baik dan ceria dapat dilalui.
Tapi biasalah, ada sikit2 dugaan tu..adat kehidupan. Dugaan tu semua sememangnya mematangkan kita dan membuatkan kita semakin dekat kepada-NYA.
Tak nak dah jiwang2 sebab dah nak abis belajarrrr!! yeayyy!! Insya Allah dalam masa yang terdekat, penantian selama 5 tahun setengah akan berakhir... Nikmatilah saat2 indah di bumi Terengganu ini.
Gambar 1
Larian Jambatan Terengganu |
Haa, nampak tak? sibuk kan... maklumla pelajar semester akhir katakan...
masa ni, pukul 3 pagi kot dah kena standby kat check point masing-masing..tapi sangat seronok walaupun diakhiri dengan sakit perut yang melampau. Apa boleh buat... =P
masa ni, pukul 3 pagi kot dah kena standby kat check point masing-masing..tapi sangat seronok walaupun diakhiri dengan sakit perut yang melampau. Apa boleh buat... =P
Gambar 4
Makan-makan di rumah pensyarah |
Dah nama pun berkawan, adat la, ada masa bergaduh, ada masa bermasam muka, tapi kami berjaya atasi tu semua sampai ke penghujungnya. Diharap persahabatan yang terjalin ini akan kekal selama-lamanya. Sayang rasanya kalau kerana sedikit kesilapan itu persahabatan yang terjalin diputuskan begitu sahaja. Memori susah senang bersama itu dipadamkan tan dianggap seperti tiada apa yang pernah berlaku antara kita. Pasti saat-saat ini merupakan kenangan yang mencetuskan kerinduan suatu hari nanti. Waktu itu, hanya gambar pengubat kenangan.
Tersentuh pabila mendengar keluhan rakan yang meragui ikatan persahabatnnya yang kian hilang di saat-saat akhir ini. Tidak tahu di mana silapnya. Hanya berserah kepada masa yang menentukan. Terima Kasih untuk segala memori, kenangan dan pahit manis sewaktu bersama.
Nikmatilah minggu-minggu terakhir ini sebagai kenagan persahabatan yang terindah sepanjang 5 tahun di negeri orang. Rugi rasanya jika dibiarkan begitu sahaja.
Selamat Maju Jaya Semua!
Jumpa di dalam entri yang seterusnya..
Terima Kasih sudi membaca karutan-karutanku ini...
Nikmatilah minggu-minggu terakhir ini sebagai kenagan persahabatan yang terindah sepanjang 5 tahun di negeri orang. Rugi rasanya jika dibiarkan begitu sahaja.
Selamat Maju Jaya Semua!
Jumpa di dalam entri yang seterusnya..
Terima Kasih sudi membaca karutan-karutanku ini...
Yang Benar,
Gadiskaca
No comments:
Post a Comment