BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 2, 2013

.: Sepanjang Tidak Menulis :.

Fuhhhhh,berhabuk blog kesayangan ini...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
masihkah kalian ingat siapa diriku ini?? mungkin ada yang ingat dan ada yang dah lupa..
setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, pabila tiba waktu begini memang tidak dinafikan, timbul rasa rindu untuk meluahkan segala rasa di dalam blog kesayangan.
Memang terlalu banyak untuk diceritakan setelah mendapat satu kehidupan baru.
Walau bagaimanapun, apa yang terjadi dahulu sememangnya menjadi pedoman dan ingatan di dalam diriku..
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kehidupan yang semakin baik dan ceria dapat dilalui.
Tapi biasalah, ada sikit2 dugaan tu..adat kehidupan. Dugaan tu semua sememangnya mematangkan kita dan membuatkan kita semakin dekat kepada-NYA.

Tak nak dah jiwang2 sebab dah nak abis belajarrrr!! yeayyy!! Insya Allah dalam masa yang terdekat, penantian selama 5 tahun setengah akan berakhir... Nikmatilah saat2 indah di bumi Terengganu ini.

Gambar 1

Percutian di Pulau-Pulau Indah Terengganu


 Seronok yang teramat lahhh dapat round 3 pulau utama tu dengan kawan2, adik beradik dan juga ehemmm....mungkin nanti boleh cerita details sikit kan untuk bg panduan kpd mereka2 yang nak bercuti. Yess, pulau Terengganu sangat cantikk!! puas hati..rasa tak nak balik kalau pergi sana. waktu-waktu sebegini sememangnya mengeratkan lagi ikatan dan menggamit memori. Auchhh!!
*terasa kerinduan yang semakin mendalam bila jari mula menaip tentang kehidupan di blog kesayangan... (ahhh, teruskan..)
 


Gambar 2







Suasana bersama murid-murid tersayang

Blog ini juga ketinggalan tentang kisah praktikum yang telah dilalui dari sem 5 hingga sem 8. yelahh kalau tengok last post pon tah tahun bila...menikmati kehidupan barangkali sehingga blog yang suatu masa dulu menjadi peneman sunyi ini diabaikan. Mungkin semakin matang. Tidak semua boleh dikongsi di sini, takut disalah erti.
Gambar 3

Larian Jambatan Terengganu

Friday, September 28, 2012

.:Sirih Pulang Ke Ganggang:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama dah rasanya tak update blog kesayangan nie, satu masa dulu, blog ni lah tempat meluahkan perasaan, caci maki semua keluar, tak pandang kiri kanan dah..hati muda remaja kalu dah membuak, apa ade dpn mata semua kena maki, apa yang terlitas kat otak hembus je suka hati...

Alhamdulillah, kehidupan sekarang semakin baik dan semakin gembira..Terima Kasih Ya Allah..

Selepas pelbagai dugaan yang dilalui, sekarang hanya tinggal setahun je lagi kat IPG, dua sem berlalu tanpa disedari, langsung tak jengah blog kesayangan nie, kalu tak...setiap kali musim exam, mula lah keluar satu dua entry..hahaha!! 



Makin lama, makin matang, semakin banyak yang perlu difikirkan, bila dah mula prktikum, semakin sibuk lah diri..maaf sebab lama menyepi...

Saturday, December 10, 2011

.:Gerhana Bulan:.



Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
( Riwayat al-Bukhari )


fenomena gerhana bulan menjelma kembali, kali terakhir fenomena gerhana bulan yang dapat kita lihat sekitar bulan jun 2011...SubhanAllah...Allah maha besar..korang semua dapat tengok tak gerhana bulan nie..??aku sempat tengok, mase taip entry nie pon bulan masih lagi dalam keadaan gerhana..semasa kejadian gerhana kita disunatkan melakukan solat sunat dua rakaat...selain itu juga terdapat beberapa fenomena menarik yang berlaku sepanjang gerhana bulan nie..haa..ape fenomena tuu..??

seperti yang di ketahui, fenomena gerhana bulan terjadi apabila bulan berada sebaris dengan bumi dan matahari di mana bumi berada di tengah-tengah...oleh yang demikian, daya tarikan graviti sangat tinggi pada ketika ini taw..!



buktinyee...tu haaa! telur ayam boley diri dengan tegak tawww...
selain dari tu, kalau kite tgk air laut akan pasang besar pada ketika ini..
aku tak sempat plak tengok air laut, juz buat eksperimen telur tu jelahh..
ini semua kuasa Allah Pencipta Sekalian Alam...



p/s : patutlaa berat badan aku naik lately nie, tarikan graviti gaknyee, pas gerhana nie nk try timbang lah, turun tak ek...hahaha..=P